Ustaz Abdul Somad selamat nikahi gadis 19 tahun

Ustaz Abdul Somad selamat nikahi gadis 19 tahun

Pendakwah Indonesia, Abdul Somad, 44 selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang gadis berusia 19 tahun pada petang Rabu.

Menurut laporan Tribun Network, majlis pernikahan diadakan di rumah pasangannya Fatimah Az Zahra Salim Barabud di di Jombang, Jawa Timur jam 4.30 petang.

Majlis dianjur sederhana dihadiri pimpinan Pondok Modern Gontor dan Ketua-ketua Jabatan di jajaran Pondok Modern Gontor.

Turut hadir beberapa ahli keluarga daripada keluarga pihak pengantin perempuan

COMMENTS