Untuk propaganda besar sangat Kalau RM8,000 Kita boleh luluskan

Untuk propaganda besar sangat Kalau RM8,000 Kita boleh luluskan

Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu berkata, Belanjawan 2021 tidak mungkin akan diluluskan begitu mudah jika ianya tidak dipinda semula untuk membela nasib rakyat seperti yang dituntut.

Ketika mencelah perbahasan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim katanya, ini kerana peruntukan untuk menangani wabak Covid-19 sendiri hanya sekadar 5.3 peratus dari keseluruhan belanjawan yang berjumlah RM322.5 bilion.

Beliau juga mendakwa wujudnya manipulasi belanjawan dan angka yang banyak disorok sana dan sini terutama tentang peruntukan vaksin Covid-19 yang diumum berjumlah RM3 bilion.

“Jumlahnya (untuk propaganda) besar sangat. Kalau Menteri Kewangan luluskan RM8,000 tak apalah. Kita boleh luluskan.

“Tapi dalam keadaan rakyat susah, ianya zalim ambil wang RM80 juta kemudian RM8.6 juta untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” Katanya lagi.

Perbahasan Belanjawan 2021 bermula pada hari ini selepas pembentangan pada Jumaat lalu oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan jumlah RM322.5 billion.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/menteri-lulus-rm8000-untuk-jasa-kita-boleh-luluskan/#more