UMNO-PAS Selangor kukuh hubungan, BERSATU dijangka langgar semua kawasan

UMNO-PAS Selangor kukuh hubungan, BERSATU dijangka langgar semua kawasan

Ketika keadaan di peringkat pusat masih kabur, Umno dan PAS Selangor hari ini mempertegaskan persetujuan untuk mengukuhkan hubungan kedua-dua parti untuk berdepan pilihan raya akan datang.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan media bersama pengerusi Umno negeri Noh Omar dan pesuruhjaya PAS Dr Ahmad Yunus Hairi.

“Aktiviti dan program bersama atas nama MN akan terus dirancakkan bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua parti di Selangor,” kata mereka.

Setakat ini, BN dan Bersatu dilihat berkemungkinan besar bertembung dalam pilihan raya umum akan datang.

Pendirian PAS bagaimanapun dilihat masih belum cukup jelas untuk bersama gabungan mana.

Sementara itu, dalam kenyataan itu, Noh dan Yunus juga menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kerajaan “Keluarga Malaysia” pimpinan Ismail Sabri Yaakub.

COMMENTS