Sebagai peminat adiwira, pastinya tiada yang menyangka akan ada manusia sanggup menyarungkan kostum untuk majlis perkahwinan sendiri.
Buat pengantin lelaki dari China ini, dia tidak pernah terbayang untuk melihat bakal isterinya dalam kostum adiwira kegemarannya.
Menurut Thaiger, pengantin lelaki masuk ke dalam bilik menunggu bakal isterinya dan terkejut melihat dia.
“Saya tidak percaya! Saya keliru dan kagum apabila saya membuka pintu dan melihat pengantin wanita ialah Ultraman,” ujarnya.
Mengikut adat resam Cina, pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki di dalam bilik dengan memakai gaun pengantin berwarna putih atau merah.
View this post on Instagram
Pengantin lelaki mendedahkan bahawa mereka berkenalan selama sembilan tahun dan isterinya tidak pernah menunjukkan minat kepada Ultraman.
“Sebaliknya, saya ialah peminat tegar adiwira tersebut,” kata pengantin lelaki.
Baca juga: Siapa pengacara terkenal yang suka berpantun ketagih langgan pelacur ni?