Ulama ini tegur qari berlebihan dalam berlagu baca quran

Malaysia antara negara yang terkenal dengan qari-qariah yang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran dengan taranum yang indah.

Kita juga digalakkan untuk membaca al-Quran dengan bertaranum berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, pakar ilmu qiraat, Syeikh Ayman Suwaid baru-baru ini menegur cara bacaan seorang qariah yang membacakan ayat suci dengan berlagu secara berlebihan.

“Terutama negara di Timur seperti Filipina, Indonesia & Malaysia”

Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok, Syeikh Ayman menjelaskan bahawa al-Quran merupakan aturan hidup manusia dan bukanlah lagu yang melalaikan.

Dalam pada itu, Syeikh Ayman menegur bahawa perbuatan ini banyak dilakukan di negara-negara Timur seperti Filipina, Indonesia, dan Malaysia.

Katanya negara-negara ini gemar membacakan al-Quran dengan cara melenggok-lenggokan alunan suara. Beliau turut berpesan agar perbuatan sedemikian tidak diikut.

“Allah tidak menurunkan Al-Quran menjadi alat muzik,” tegurnya.

Beliau menerangkan bahawa umat Islam diperintahkan untuk membaca al-Quran menerusi tahsin al-sout, iaitu seni mengaji dengan suara yang lembut, menurut syariat Rasulullah SAW.

Difahamkan, teguran itu bukanlah tidak boleh langsung dalam bertaranum, sebaliknya diminta untuk lebih berhati-hati dalam pembacaan dan menjaga tajwid agar makna ayat al-Quran tidak diubah.

@tadabburcentre Peserta dari Indonesia, Suaranya Merdu & Mendayu – Dayu .. Syeikh Ayman Suwaid: “La haula wala quwwata illa billah!” Teguran buat mereka yang melampau dalam melagukan al-Quran. Allahul Musta’an… #quran #lagu #janganmelampau #tarannum ♬ original sound – tadabburcentre

Sama-sama kita perbaiki bacaan al-Quran…

Baca juga: Nak tampung rawatan kanser anak, bapa nekad jual BMW kesayangan RM18,000