Tunjuk ‘passport Malaysia’ untuk potong barisan

Tunjuk 'passport Malaysia' untuk potong barisan

Tunjuk ‘passport Malaysia’ untuk potong barisan. Pemuda Honda tunjuk kuasa pamer ‘passport Malaysia’ untuk potong barisan. Pada hari minggu lalu, trafik di Singapura agak sibuk kerana banyak kenderaan keluar bersempana Hari Kebangsaan Singapura yang disambut pada 9 Ogos ini. Kesesakan itu menyebabkan ramai yang terpaksa menunggu dalam barisan sehingga berjam-jam.

Bagaimanapun, ada dua adik-beradik tidak menyangka bertemu dengan seorang pemandu Honda Civic menggunakan cara ‘luar biasa’ untuk memotong barisan, dengan menghulurkan ‘pasport Malaysia’.

Kejadian itu berlaku ketika jalan sesak hampir empat jam semasa kenderaan berbaris bagi menuju ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Linkedua, Gelang Patah.

Tindakan lelaki itu dirakam oleh Joanna Loh ketika dia dan kakaknya dalam perjalanan menuju ke Malaysia dengan menaiki kenderaan bernombor pendaftaran Singapura. Semasa kejadian sebuah kereta Honda bernombor pendaftaran Malaysia datang dari arah kiri dan cuba memotong barisan.

“Dia mahu memotong barisan di hadapan kami dan dia tidak memberikan lampu signal untuk memotong. Kalau ikutkan, kami tidak perlu memberi laluan pun. Tetapi jika dia sopan, sudah pasti kami akan berikan laluan kepadanya,” petik hantaran Facebook Joanna.

Tunjuk 'passport Malaysia' untuk potong barisan

Pemuda Honda tunjuk kuasa pamer ‘passport Malaysia’ untuk potong barisan

Susulan kejadian itu, pemandu Honda terbabit keluar daripada keretanya dan menunjukkan ke arah nombor pendaftaran sambil memegang telefon. Pada masa sama Joanna turut menunjukkan pasport Malaysia yang dimilikinya.

Perkongsian video itu telah mengundang rasa tidak puas hati netizen kerana tindakan pemandu Honda itu secara tidak langsung memalukan nama negara hanya kerana tidak sabar mahu memotong barisan.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Joanna itu telah mendapat lebih 3,000 perkongsian dan 1,000 komen daripada netizen. Difahamkan Joanna juga telah membuat laporan polis berhubung insiden terbabit.

BACA:

Niat Shuib ubah suai rumah dibatalkan kerana mimpi aneh tentang Sarah

Cium, peluk atas katil.. Aksi Diana Danielle & Aiman Hakim undang kecaman

Pernah tular datuk 65 tahun kahwini gadis 19 tahun, selepas 2 bulan mereka bercerai