Tunggu janji YB nak buat jambatan entah bila, pelajar sekolah buat ‘zipline’ sendiri

Tunggu janji YB nak buat jambatan entah bila, pelajar sekolah buat ‘zipline’ sendiri. Menyedihkan, itu ungkapan tepat untuk keadaan penduduk di Kampung Nangkawangan, Nabawan, apabila saban hari bergadai nyawa untuk menyeberangi sungai selepas jambatan gantung di situ dihanyutkan banjir, bulan lalu.

Penduduk di kampung berkenaan, khususnya pelajar sekolah, mempunyai dua cara menyeberangi sungai terbabit iaitu sama ada berakit ataupun menaiki “zipline” yang dibina masyarakat setempat.

Jurucakap penduduk, Zazila Roslan, 30, berkata, jambatan gantung berkenaan hanyut dalam banjir besar di beberapa kawasan di Nabawan beberapa minggu lalu.

Tunggu janji YB nak buat jambatan entah bila, pelajar sekolah buat 'zipline' sendiri

Katanya, beberapa lagi laluan, sama ada jambatan gantung atau jambatan konkrit untuk menyeberangi sungai, turut musnah akibat bencana alam itu.

“Banjir luar biasa itu berlaku ketika cuti sekolah dan apabila habis cuti, guru-guru yang mengajar di beberapa buah sekolah di kawasan berkenaan terpaksa berjalan kaki kira-kira 18 jam demi memastikan mereka dapat sampai ke sekolah untuk mendidik anak-anak di situ.

“Saya tahu perkara ini kerana ibu saya merupakan cikgu di salah sebuah kampung di situ dan saya bersama pasukan Sukarelawan Anak Negeri Sabah juga telah pergi ke beberapa kampung berhampiran bagi misi menghantar bantuan,” katanya kepada FMT.

Zazila berkata, dia dimaklumkan wakil rakyat kawasan itu yang juga Ahli Parlimen Pensiangan Arthur Joseph Kurup, turun padang untuk meninjau masalah berkenaan seterusnya berjanji menyediakan bot bagi kegunaan penduduk sementara menunggu pembinaan jambatan baharu.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini janji itu belum ditunaikan, menyebabkan penduduk kampung terpaksa berakit untuk ke seberang sungai dan sekiranya keadaan sungai deras, maka mereka akan menggunakan “zipline”.

“Menaiki ‘zipline’ untuk menyeberangi sungai mungkin nampak menyeronokkan, tapi sebenarnya ia amat bahaya jika tiada ciri-ciri keselamatan, lebih-lebih lagi yang menaiki adalah pelajar sekolah.

“Mereka (pelajar) begitu gigih untuk menimba ilmu, tapi terpaksa melalui semua ini, berakit, naik ‘zipline’, bot mana?…Saya tidak suka bercakap mengenainya tapi jangan sampai berlaku sesuatu yang tidak diingini baru terbuka mata pihak-pihak berkaitan.

“Tidak lama lagi cuti Hari Raya, tak kan para guru termasuk ibu saya terpaksa sekali lagi berjalan kaki 18 jam?,” katanya.

Terdahulu, beberapa video yang menyaksikan pelajar sekolah menaiki rakit serta “zipline” turut tular di media sosial.

FMT telah menghubungi Kurup yang juga timbalan menteri kerja raya untuk mendapatkan respon beliau.

TONTON :

BACA:

Pasangan kekasih terpaksa ‘rai aidilfitri’ dalam penjara

Surat Haji dah keluar, ini perkara yang wajib jemaah ambil tahu

Zahid Hamidi saman Tun Mahathir

COMMENTS

Wordpress (0)