Tun M ramal perang dunia ketiga mungkin tercetus

Tun M ramal perang dunia ketiga mungkin tercetus

Tun M ramal perang dunia ketiga mungkin tercetus. Sekiranya Ukraine diterima sebagai ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), serangan oleh Russia ke atas negara itu akan mengakibatkan peperangan dengan semua negara anggota pertubuhan berkenaan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan hari ini, berpendapat perang di antara NATO dan Russia akan meningkat dan berupaya menjadi perang dunia ketiga termasuk kemungkinan penggunaan senjata nuklear.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata, salah satu perjanjian antara negara NATO adalah bahawa serangan terhadap satu negara akan dianggap sebagai serangan terhadap semua negara anggota.

“Apakah implikasi keadaan semasa. Ukraine masih belum menjadi anggota. Jika diserang Russia, NATO tidak terikat untuk berperang dengan Russia. Dari sudut lain, jika Ukraine diterima sebagai anggota NATO, serangan oleh Rusia akan mengakibatkan perang dengan NATO.

“Dalam hal ini , Russia tidak mungkin akan mengaku kalah dan begitu juga dengan NATO. Situasi ini juga, boleh memusnahkan dunia,” katanya.

Tun M ramal perang dunia ketiga mungkin tercetus

Dr Mahathir berkata, tentera Russia semakin melemah selepas perpecahan Kesatuan Soviet dan NATO menganggap ia sebagai satu anugerah tuhan.

“Ini tidak menjejaskan negara NATO daripada merekrut lebih ramai ahli terutamanya dalam kalangan mereka yang rapat dengan Russia. Permainan perang diadakan dalam kalangan negara NATO, sekali lagi ditujukan kepada Russia.

“Russia kembali bersenjata kerana NATO mendapat lebih ramai ahli dan semakin hampir dengan Russia,” katanya.

BACA:

Asyik gagal cubaan menyimpan wang? Ini 4 tips boleh membantu

Presiden Umno gesa MPN yang dipengerusikan Muhyiddin dibubarkan

Jimat dan kemas : Guna PVC Edging balut pintu pagar

COMMENTS

Wordpress (0)