Tun M dedahkan punca mengapa Pejuang tidak bersama PH

Tun M dedahkan punca mengapa Pejuang tidak bersama PH

Tun M dedahkan punca mengapa Pejuang tidak bersama PH. Pengerusi Parti(Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan parti itu untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak yang tidak terlibat dengan rasuah adalah sebagai langkah terbaik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut beliau , keputusan Pejuang untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) adalah disebabkan parti itu memiliki banyak ‘penyangak’.

Selain itu, keputusan menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) disebabkan ramai orang Melayu yang tidak menyukai parti komponen di dalamnya iaitu DAP.

Dalam pada itu, beliau nmemetik berkata Pejuang juga tidak suka untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) disebabkan kebanyakan individu di dalamnya terutama pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak ikhlas bekerja untuk negara.

“Kita ada sekarang ini gabungan BN, gabungan PH, tetapi kita nak bersama dengan mereka tidak boleh.

Tun M dedahkan punca mengapa Pejuang tidak bersama PH

Dengan BN adalah kerana terlalu banyak penyangak-penyangak di situ, manakala PH pula, orang Melayu tak suka dengan DAP.

“Untuk bersama dengan PN (pula sukar), parti (itu juga) dengan sendiri tak boleh (memerintah negara disebabkan) tak cukup orang (ahli Parlimen). Mereka tidak boleh, cakap saja, tetapi mereka asalnya Bersatu dan Bersatu ini pecah dua, enam ikut saya, enam ikut dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin),

“Jadi yang lain, semua masuk dengan Bersatu, adalah pasal dapat duit, dapat jadi menteri, dapat gaji besar, itu sebab utama mereka, bukan sebab ada minat nak berkhidmat untuk negara, (itu saya lihat) tiada (dalam diri mereka),” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas perjumpaan bersama pengusaha-pengusaha bot pelancong di Jeti Tanjung Rhu, Langkawi pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata kerjasama Pejuang bersama NGO dan beberapa pihak lain akan membolehkan gabungan berkenaan bertanding di sekurang-kurangnya 120 kerusi Parlimen pada PRU15 dan diterima majoriti rakyat Malaysia.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat jangkaan berlaku pertandingan empat penjuru dalam PRU15 dengan kemunculan satu lagi gagasan baharu diketuai Dr Mahathir.

BACA:

Siapa pemilik gambar dalam duit kertas kita?

Lima syarikat perkhidmatan umrah dibatalkan lesen

Gara-gara dapat no 1 di sekolah, gadis 14 tahun disantau?

COMMENTS

Wordpress (0)