Tumbler terselamat dari terbakar, Tauke syarikat tumbler tawar ganti rugi kereta baharu

Baru-baru ini, seorang wanita bukan tempatan, Danielle, telah merakamkan adegan keretanya, sebuah Kia, terlibat dalam insiden kebakaran.

Kejadian itu membawa kejutan apabila bekas air jenama Stanley di dalam pemegang cawan kereta tersebut kekal utuh.

Penonton video terkejut apabila wanita itu mengangkat dan menggoncangkan bekas air itu,

Tumbler terselamat dari terbakar, Tauke syarikat tumbler tawar ganti rugi kereta baharu

yang masih mengandungi ais walaupun seluruh bahagian dalam kereta sudah hangus terbakar.

Video TikTok @danimarielettering telah menjadi viral dan menarik perhatian ramai, meraih lebih daripada 67 juta tontonan setakat hari ini.

Ketika video tersebut mendapat perhatian, jenama Stanley sendiri turut memberikan respons. Presiden syarikat itu, Terence Reilley, merakamkan video khas untuk wanita itu.


“Hey Danielle, nama saya Terence Reilley, Presiden Stanley. Kami semua telah melihat video anda, sangat menyayat hati, tetapi kami bersyukur anda selamat.

“Terima kasih kerana berkongsi video itu kerana ia menunjukkan ‘Stanley’ dicipta untuk ketahanan. Insiden yang anda alami itu menunjukkan kualiti produk kami.

“Kami bersyukur anda selamat dan ramai yang meminta kami memberikan anda produk Stanley. Ya, kami akan hantar beberapa kepada anda,” kata Terence dalam video maklum balas kepada Danielle.

Terence juga menjanjikan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

“Ada satu perkara lagi, kami belum pernah lakukan sebelum ini, dan saya tidak mahu melakukannya lagi pada masa akan datang.

“Kami ingin menggantikan kereta anda yang terbakar dengan kereta baharu. Kami di Stanley ingin menggantikan kereta anda. Sila semak DM anda. Jaga diri,” kata Terence mengakhiri video tersebut.

Tindakan presiden Stanley tersebut telah menarik pelbagai reaksi daripada warganet di seluruh dunia, dengan ramai memuji jenama tersebut atas keprihatinan terhadap Danielle.

Ada juga yang menganggap inisiatif tersebut sebagai salah satu strategi pemasaran yang paling berkesan di dunia, di mana Stanley berjaya mendapatkan perhatian tanpa perlu melibatkan kos yang tinggi.

Dalam satu video terkini, Danielle menyatakan kejutan dan terima kasih atas sokongan yang diterima selepas kejadian kebakaran tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa butiran mengenai gantian kereta baharu akan diuruskan melalui DM (mesej peribadi

BACA:Β Suami isteri automatik jutawan, ingatkan jumpa cawan biasa rupanya berisi syiling emas 400 tahun yang lalu bernilai RM1.3 juta