Tular wanita dirasuk bertenggek atas bumbun rumah

Tular wanita dirasuk bertenggek atas bumbun rumah

Tular seorang wanita dirasuk bertenggek atas bumbun rumah.Seorang wanita yang dipercayai dirasuk ditemukan di atas atap sebuah rumah penduduk sambil ketawa terbahak-bahak di Kampung Sukaoneng, Kecamatan Tambak, Pulau Bawean, Gresik, semalam.

Memetik laporan Detik.com, wanita yang berpakaian serba putih biru telah mengejutkan penduduk kampung berkenaan.

Difahamkan, wanita itu pada awalnya hilang dari rumahnya pada Sabtu lalu sebelum ditemui oleh penduduk kampung di atas bumbung sebuah rumah.

Kelibat wanita itu berjaya dirakam melalui sebuah telefon bimbit.

Salah seorang penduduk kampung Sukaoneng mendakwa wanita terbabit seringkali dirasuk dan menghilangkan diri.

Tular wanita dirasuk bertenggek atas bumbun rumah

“Hilang sejak semalam, dia baru ditemukan di atas rumah penduduk hari ini selepas maghrib.

“Suaminya yang selesai menunaikan solat maghrib turut terkejut selepas mendengar khabar berita isterinya yang berada di atas rumah itu,” katanya.

Seram! Wanita kena rasuk bertenggek atas bumbung rumah
Susulan itu, sebahagian penduduk kampung cuba memujuk wanita itu untuk turun sebelum seorang penduduk kampung berjaya naik ke atas atap dan membawanya turun kemudian.

Meskipun berjaya dipujuk turun sekitar jam 1 pagi, namun wanita terbabit disyaki sedar sepenuhnya kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan.

“Wanita itu dipercayai dirasuk jin dari Sungai Odeng berdekatan lokasi dia ditemui,” kata isteri Ketua Kampung Sukaoneng.

Terdahulu, dia juga didakwa pernah ditemukan di kampung lain di Desa Pekalongan Kecematan Tambak sebelum dibawa pulang oleh ahli keluarga

BACA:Cikgu tadika talam dua muka, salah seorang mak pelajar bongkar perangai beliau

Lelaki dibelasah isteri depan orang ramai kerana menari dengan wanita lain, sikit lagi ….