Kita semestinya hairan jika ternampak orang bangsa lain fasih bercakap dalam bahasa kebangsaan.
Begitu juga dengan orang Melayu yang fasih berkomunikasi dalam bahasa Cina atau bahasa Tamil.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan seorang atuk Melayu fasih bercakap dalam bahasa Tamil telah mencuri tumpuan.
Tak sangka boleh bercakap dengan family bangsa India
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang atuk dan keluarga sedang berada di ruang tamu sambil berbual antara satu sama lain.
@bob_jeeva Urar Pillayai Uddi Valarthal Taan Pillai Taana Valarum 😃 #translate #malay #tamil #grandfather ♬ original sound – 🥵 I’M YoUr Ex BaBY 🥵
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila atuk yang berbangsa Melayu itu sangat fasih bercakap dalam bahasa Tamil. Dia seperti boleh bercakap dengan lancar dengan keluarga Indianya.
“Fuh hebat, respect pak cik ini bukan senang cakap bahasa Tamil” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 153K tontonan, 7K tanda suka dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
BACA:Â Pak Azad jumpa PMX di parlimen nak pinjam seratus, sekali lain pula yang terjadi