Tular video penduduk berebut kutip duit dari langit, ini rupanya berlaku

Tular video penduduk berebut kutip duit dari langit, ini rupanya berlaku

Sebuah video menjadi tular di media sosial kerana memaparkan situasi penduduk sebuah kampung di wilayah Jawa Tengah berebut-rebut mengutip wang kertas yang ‘jatuh dari langit’, lapor laman Berita Hits hari ini.

Berdasarkan video tersebut, sekumpulan penduduk sedang merebut wang di kawasan tanah lapang yang dikatakan ditabur oleh seorang ahli perniagaan yang kaya-raya.

Tular video penduduk berebut kutip duit dari langit, ini rupanya berlaku

Mereka kelihatan berebut-rebut mengutip wang-wang itu sehingga ada antaranya yang terjatuh.

Wang kertas yang ditabur itu dilaporkan bernominasi 50,000 rupiah (RM14.50) dan 100,000 rupiah (RM29).

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai pendapat.

“Adakah dia berasa gembira melihat orang ramai berebut-rebut begitu? Kasihan dengan penduduk kampung. Wang tidak dapat membeli etika,” kata seorang netizen.

“Niatnya baik cuma caranya tidak sesuai. Lebih baik kalau dimasukkan wang kertas ke dalam sampul dan diagihkan satu persatu atau diberikan dari satu pintu ke pintu rumah,” kata seorang lagi.

Berita Lain:

Kucing anda selalu berak merata? Guna je bahan ni confirm tak buat dah..

Kapal berusia 130 tahun ditemui semula, keadaanya buat orang ramai terkejut

Cara mohon bantuan kerajaan hampir RM4,000 setahun untuk B40 dan M40

COMMENTS

Wordpress (0)