Tular video pemandu tak puas hati disaman, ini tindakan Polis

Tular video pemandu tak puas hati disaman, ini tindakan Polis

Tular video pemandu tak puas hati disaman, ini tindakan Polis. Polis Subang Jaya telah menerima laporan daripada seorang anggota polis trafik berhubung video tular yang memaparkan seorang lelaki tidak berpuas hati dengan tindakan saman serta merakam video berkaitan insiden tersebut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, hasil semakan mendapati anggota polis trafik tersebut bersama rakan setugas sedang menjalankan Operasi Khas Lampu Merah pada jam 10.30 pagi di Persiaran Kewajipan di sini pada Jumaat lalu.

“Anggota polis trafik itu telah menahan sebuah kereta jenis Volvo yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan di mana nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan.

“Anggota polis traifk itu kemudian telah memberikan penjelasan tentang kesalahan yang dilakukan dan saman Pol. 257 dikeluarkan kepadanya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Abd Khalid berkata, lelaki berkenaan telah merakam video secara bersembunyi semasa tindakan saman.

Tular video pemandu tak puas hati disaman, ini tindakan Polis

“Tindakannya itu telah menjatuhkan imej Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Subang Jaya,” katanya.

Abd Khalid berkata, anggota polis trafik itu mengesan satu video TikTok berdurasi satu minit pada Ahad yang memaparkan insiden tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana menghalang penjawat awam semasa menjalankan tugas dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” ujarnya.

Abd Khalid berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kes itu boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 atau pegawai penyiasat, Inspektor Shahroom Rohaizzad Abd Samad di talian 014-8101614.

“Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

@sinarharianonline Dah buat salah kena la terima akibatnya… #fyp #TrendingNewsMalaysia #BuletinTikTok #TikTokNews #PolisTrafik #Saman ♬ original sound – Sinar Harian

BACA:

Rafizi dedah subkontraktor LCS umur 45 hari buat tuntutan RM178 juta

Remaja perempuan dicekup bersama tiga lelaki dalam motel

Apa sudah jadi RM78 juta hutang Capital A dengan MAHB?