Tular video lori treler rempuh motor polis, 2 maut dalam nahas di Putrajaya

Dua terbunuh dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis pengiring di KM 5.7

jalan persiaran utara menghala ke Puchong berhampiran susur keluar persiaran Timur, di sini hari ini.

Memetik laporan Buletin TV3, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Tular video lori treler rempuh motor polis, 2 maut dalam nahas di Putrajaya

Manakala tujuh mangsa lagi cedera dan sedang dirawat di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.

Nahas dipercayai berlaku apabila sebuah lori treler yang mengubah laluan dari lorong tengah ke kiri lalu merempuh beberapa kenderaan yang sedang berhenti.

Menurut polis, dua penunggang motosikal termasuk anggota polis pengiring sempat menyelamatkan diri.

Terdahulu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya memberitahu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 dan Presint 14 bersama sebuah Light Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.24 pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz yang dihubungi mengesahkan kejadian membabitkan enam kereta, tiga motosikal, satu motosikal pengiring polis dan dua lori.

Pemandu lori akan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

BACA: “Aku tidurkan anak dalam bilik, suami nak tengok tv, 3-4 pagi aku tersedar dia masih di ruang tamu, diam diam aku keluar bilik tengok tengah senyum sendiri, rupanya..”