Tular video layang-layang tersangkut di sayap pesawat dari negara seberang, ini punca tersangkut
Seorang penumpang syarikat penerbangan Garuda Indonesia mengesan sebuah layang-layang yang tersangkut pada sayap pesawat yang dinaikinya,
Video kejadian itu dimuat naik oleh penumpang bernama Ricky Suhendar dalam akaun TikToknya.
Menurut Ricky, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu dalam penerbangan GA 114 dari Jakarta ke Palembang.
Selepas melihat layang-layang itu, Ricky segera memaklumkannya kepada pramugari tetapi dia tidak segera memaklumkannya kepada juruterbang.
Mereka bernasib baik apabila seorang pegawai di landasan memberi isyarat kepada juruterbang dengan melambai dan menyilangkan tangannya.
@rickysuheGaruda GA 114 Jakarta – Palembang 15 Juni 2023
Juruterbang kemudian membuat keputusan untuk menangguhkan penerbangan supaya masalah itu diselesaikan.
BACA:
3 lelaki bergelak ketawa lempar anjing dalam sungai bagi buaya makan undang reaksi netizen