Tular rider dihina pelanggan kini pasrah digantung kerja rider

Tular rider dihina pelanggan kini pasrah digantung kerja rider

Tular rider dihina pelanggan kini pasrah digantung kerja rider. Walaupun terpaksa mencari lokasi sebenar selama 1 jam, food rider bernama Muhd Yusuf tetap berusaha menghantar pesanan kepada pelanggan yang sudah tersalah pin location. Malang sekali, dia kemudiannya dimarah dengan nada hinaan kononnya culas membuat kerja. Mujur sahaja bukti kejadian itu sempat dirakamkan lalu dimuat naik ke TikTok.

Nanti kalau tak ambil video, dia buat hal sama pada rider lain
Menurut laporan, Muhd Yusuf hanya berharap semoga pelanggan terbabit boleh datang meminta maaf atas kesalahannya. Mengenangkan maruahnya ibarat dipijak-pijak walhal sudah menjalankan kerja dengan baik, sebab itulah dia melawan semula tanpa rasa gentar.

Tak salah pun.. Klu dah salah tu mintak maaf… Ni tak di marah nye aku.. Sampai boleh cakap dia blh buat aku hilang kjer… Yang.. Aku tak puas hati sgt.. Dia marah aku depan org ramai.. Itu je.. Ingt ride pun ade hati bro.. #kotadamansara🔥 #grabfood #minyakhitamjalanan #fypシ

Tular rider dihina pelanggan kini pasrah digantung kerja rider

Pihak universiti mengutuk teruk perbuatan individu terbabit
Pihak pengurusan tempat pelanggan itu bekerja telah membuat permohonan maaf kepada Yusuf. Malah atas gesaan ramai, mereka juga sudah mengenakan tindakan disiplin sewajarnya dan menafikan mempunyai kerjasama dengan syarikat penghantaran makanan terbabit.

Melawan & Bela Diri Lepas Dihina Pelanggan, Rider Pasrah Sudah Digantung Kerja

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan dunia aku
Meskipun hanya berniat membela diri, pun begitu lelaki berusia 27 tahun ini berkongsi kisah sedih terbaru. Difahamkan dirinya sudah pun digantung kerja akibat penularan video pertelingkahan tempoh lalu. Pasrah dengan ketetapan Allah, netizen memberikan sokongan padu kepada Yusuf termasuklah yang menawarkan peluang pekerjaan baru buatnya.

BACA:

Kenderaan mewah hilang di pusat servis

Terbukti lagi barang kemas, jam dan handbag hasil penyelewengan dana 1MDB

Murid sekolah di Kelantan nyaris diculik