Tular Raghad senyum masa majlis penghormatan Taib Mahmud, ini penjelasan tuan badan

Hari ini, Malaysia digemparkan dengan berita pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak dan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur, kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Isteri Allahyarham, Toh Puan Raghad Kurdi Taib menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa sedihnya selepas kematian suaminya.

Tular Raghad senyum masa majlis penghormatan Taib Mahmud, ini penjelasan tuan badan

“Inna Lillahi Wa Inna Ilayhi Rajiun.

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan pemergian suami saya, YABhg Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud awal pagi tadi. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bermakna dia kepada saya.

Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh di syurga. Al-Fatihah,” tulisnya.

Abdul Taib berkahwin dengan Raghad yang merupakan keturunan Syria pada tahun 2010, namanya menjadi sebutan ramai baru-baru ini selepas adanya desas-desus mengatakan dia ‘menculik’ Allahyarham Tun Taib ketika berada di hospital.

Sebagai info, jenazah Allahyarham akan terus dibawa ke rumahnya di Demak Jaya, Jalan Bako sebelum dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir bermula pukul 8 hingga 11.30 pagi.

Selepas itu jenazah akan dibawa ke Masjid Demak untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Baca juga: Pelancong China ini dilapor belanja RM1.5 Billion di Malaysia