Tular gambar Nora Danish pakai baju nipis, netizen

Tular gambar Nora Danish pakai baju nipis, netizen

Tular gambar Nora Danish pakai baju nipis, netizen. Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok yang dimuat naik seorang pengguna video memaparkan pelakon jelita Nora Danish menjadi perhatian ramai.

Menerusi video itu, Nora dilihat memakai baju berwarna putih terdedah bahu sebelah kiri sedang menjalani penggambaran di sebuah rumah namun tidak dapat dipastikan lokasinya.

Seperti sudah dijangka, mungkin baju yang dipakai Nora itu sedikit jarang dan nipis itu sekaligus mengundang komen berbaur lucah daripada lelaki miang.

Tular gambar Nora Danish pakai baju nipis, netizen

Tidak kurang juga, ada segelintir lelaki memberi komen sindiran dengan mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu kerana ‘belanja’.

perkongsian pelakon Nora Danish menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video berada di depan cermin memakai baju putih.

Menerusi video dikongsikan itu, Nora tampil dengan baju putih lengan panjang namun kelihatan belah tepi kiri dan kanan seperti baju renang yang dipadankan dengan seluar berwarna coklat.

Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa pelakon itu sengaja membuktikan bantuk badannya kini semakin kurus.

Bagaimanapun, di ruangan komen ada netizen bertanyakan adakah pelakon berusia 40 tahun itu memakai ‘rompers’ seperti bayi.

Sementara itu, ada yang menitipkan pesanan buat aktres itu supaya lebih berhati-hati setiap kali memuat naik gambar atau video.

Malah, ramai mendoakan agar Nora diberikan hidayah serta dibukakan hati untuk berhijab suatu hari nanti. Dalam pada itu, ramai yang memuji Nora yang sentiasa kekal cantik dan sukakan penampilan aktres itu.

BACA LAGI:

Syed Saddiq bebas dari pertuduhan

Jep respon “Bini jangan buat main” ditengah padang, ini puncanya

Namie tiru suara Yoe Parey, sebiji sama suara