Tular gambar kahwin Rita Rudaini, peminat mula ucap tahniah

Ramai tertanya-tanya sama ada Rita Rudaini sudah menamatkan zaman ibu tunggalnya

Beritkutan berkongsi sebuah foto majlis perkahwinan di laman Instagramnya.

Tanpa meletakkan sebarang penjelasan selain ungkapan syukur, rata-rata netizen mula membanjiri ruang komen dengan ucapan tahniah.

Tular gambar kahwin Rita Rudaini, peminat mula ucap tahniah

Ramai Kecoh Ingatkan Rita Rudaini Kahwin, ini penjelasan tuan badan

“Kalau majlis ini majlis Rita, nak ucap kan tahniah.

“Ala selama ini saya suka follow sebab nak tengok macam mana seorang single kuat untuk jaga anak-anak seorang diri. Apa pun tahniah, semoga berkekalan.

“Rita Berhak bahagia, kalau ini majlis Rita, akak ucapakan tahniah. Smeoga bahagia selamanya,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, Rita menerusi Instagram pada Isnin berkongsi video sekitar majlis pernikahan anak buah kesayangannya yang dikenali sebagai Batrisyia Amirah, sekali gus menepis spekulasi tersebut.

“Seorang Batrisyia yang lebih daripada istimewa untuk kami. Anak buah kesayangan mak ngah, kakak kegemaran Ryan dan Arjuna.

“Tak dapat diceritakan dengan kata-kata untuk seorang Batrisyia. Mak ngah, Ryna dan Arjuna love you,” tulisnya di kapsyen tersebut.

BACA: Apa beza gelaran Datuk dan Dato’? Rupanya ada kelebihan setiap satu