Tular Farid Kamil nak bina litar lumba untuk ‘mat rempit’

Tular Farid Kamil nak bina litar lumba untuk 'mat rempit'

Tular Farid Kamil nak bina litar lumba untuk ‘mat rempit’. Pelakon dan penerbit, Farid Kamil berhasrat membina litar lumba khas buat golongan ‘mat rempit’ jika filem terbarunya, Remp-It 2 mencapai kutipan pecah panggung seperti yang diharapkan.

Farid berkata, ia bertujuan mengekang mereka daripada terus terbabit dengan aktiviti lumba haram di jalan raya.

“Gejala lumba haram menjadi perkara yang saya sasarkan apabila menghasilkan filem. Dulu saya tak boleh nak bendung sebab turut terbabit sama berlumba haram.

Tular Farid Kamil nak bina litar lumba untuk 'mat rempit'

Apabila jadi pembikin filem, saya ambil tanggungjawab untuk buat sebaik mungkin kepada golongan penunggang motosikal supaya mereka lebih selamat di jalan raya dan selamat sekiranya ingin berlumba,” katanya.

Farid berkata, dia tidak mahu penunggang motosikal sentiasa dipandang negatif oleh masyarakat.

Katanya, kita bukan tiada litar lumba, tapi ‘mat rempit’ golongan yang sensitif dan sangat suka merajuk. Kadang-kadang mereka tak puas hati dengan syarat, jadi mereka tak suka masuk litar.

“Mereka fikir baik meronda bawa awek. Perkara inilah orang kata, bila ada egonya, bawa perempuan, laju dan kawan pula provokasi buat jadi macam-macam.

“Benda-benda itu yang saya cuba alihkan antaranya dengan buat filem dan hasilkan dialog-dialog yang membina,” katanya.

Tidak terkecuali Farid juga turun padang bertemu mereka bercerita betapa sakitnya patah tangan dan menerapkan perkara yang beri kesan positif kepada mereka agar tidak terbabit dengan gejala itu.

FARID Kamil (kiri).

“Saya pernah bagi baju, helmet tapi mereka tak nak pakai. Saya juga nasihatkan agar berlumba di litar tapi mereka tak suka,” katanya.

Selain mengarah dan menerbit Rempt-It 2 menerusi syarikatnya, FKX Film, Farid turut berlakon dalam filem yang akan ditayangkan pada 24 November itu.

BACA JUGA:

Tular gambar Nora Danish pakai baju nipis, netizen

Tular gambar pemain tenis terkemuka dunia kembali langsing selepas bersalin anak sulung beliau, lihat lagi…

Budak 3 Tahun Punyai Badan Yang Sado Dan Berotot buat netizen terkejut