Tular dakwaan tahanan Imigresen kurus kering, ini penjelasan KDN

Tular dakwaan tahanan Imigresen kurus kering, ini penjelasan KDN

Tular dakwaan tahanan Imigresen kurus kering, ini penjelasan KDN. Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan keadaan fizikal tahanan yang kurus di Depoh Tahanan Imigresen Kimanis, Sabah, berpunca layanan buruk diberikan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau dimaklumkan JIM bahawa keadaan fizikal tahanan terbabit sememangnya kurus dan susut sebelum memasuki depoh tahanan itu.

“Pertama, kita kena tengok subjek yang terbabit, adakah seorang rakyat biasa yang amalkan gaya hidup sihat atau dia juga sebenarnya ikut terbabit dalam aktiviti yang menyebabkan fizikal badan susut,” katanya selepas taklimat pengoperasian JIM bersama pengurusan tertinggi agensi itu, di sini, tadi.

Tular dakwaan tahanan Imigresen kurus kering, ini penjelasan KDN

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video tular membabitkan tahanan di depoh itu yang antara lain mendakwa mereka tidak diberikan makanan secukupnya serta diberikan layanan buruk oleh JIM.

Semalam, tular satu video berdurasi 90 saat memaparkan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Solomon merayu kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor supaya dia dan rakannya dibebaskan secepat mungkin.

BACA:

Definisi B40, M40, T20 perlu dibuat semula, realiti semasa sudah berbeza

Aktiviti kunci tayar di Kota Bharu dihentikan serta merta susulan keputusan mahkamah

Pemimpin Umno saling bertukar kisah mimpi