Tular berbaju pengantin, Nuha Bahrin dedah perasaan terhadap Naufal

Tular berbaju pengantin, Nuha Bahrin dedah perasaan terhadap Naufal

Tular berbaju pengantin, Nuha Bahrin dedah perasaan terhadap Naufal. Penyanyi, Nuha Bahrin mengakui dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan rakan duetnya dalam lagu Casablanca, Naufal Azrin.

Kata Nuha, hubungan dia dan Naufal ibarat seorang abang dengan adik dan mereka berdua selesa sekadar bergelar kawan.

“Kami tidak bercinta. Naufal ibarat abang bagi saya.

“Buat masa ini, kami selesa berkawan. Tapi tak adalah saya ‘friend zone’ dia,” katanya.

Nuha ditemui usai sidang akhbar Ijab & Qabul Wedding Expo di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya di sini petang tadi.

Tular berbaju pengantin, Nuha Bahrin dedah perasaan terhadap Naufal

Pada majlis tersebut, pasangan duet sensasi itu diumumkan sebagai duta ekspo pengantin tersebut yang bakal berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 23 hingga 25 September ini.

Sementara itu, Naufal memberitahu, buat masa ini, dia hanya ingin fokus kepada kerjaya seninya dan tidak mahu memeningkan kepala memikirkan tentang perkahwinan atau teman istimewa.

“Kerjaya seni saya pun baru bermula. Buat masa ini saya tak boleh nak komen pasal teman istimewa apatah lagi perkahwinan.

“Saya mahu beri tumpuan kepada bidang ini dan keluarga saya sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, sekeping foto memaparkan Nuha dan Naufal segak mengenakan busana pengantin berona putih tular dalam media sosial hingga menjadi persoalan dan tanda tanya netizen.

Sebelum ini, kedua-dua nama penyanyi muda itu tular dan meraih populariti hingga ke Indonesia disebabkan lagu hit mereka.

BACA:

Aksi Raja Charles III ‘geram’ curi tumpuan ramai

“Sedap sangat tu” Netizen syak hanya miming, Janna Nick mohon maaf

Letak nama anak panjang, dah menyesal.. Ini cara ubah di JPN