Tukang tilik didakwa di mahkamah, tipu pegawai LHDN RM500,000

Tukang tilik didakwa di mahkamah, tipu pegawai LHDN RM500,000

Tukang tilik didakwa di mahkamah, tipu pegawai LHDN RM500,000. Seorang tukang tilik warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu sehingga mangsa mengalami kerugian lebih RM500,000 dalam kejadian antara Mac hingga Oktober lalu.

Tertuduh, N Prakash, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Mengikut pertuduhan, Prakash didakwa menipu seorang wanita berusia 59 tahun dengan memperdayakan mangsa bahawa dia boleh mengubat penyakit dan menilik nasib.

Tipu daya tertuduh telah dengan curangnya mendorong mangsa yang juga Penolong Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyerahkan wang berjumlah RM516,450.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Perda di sini, pada 23 Mac 2022 hingga 18 Oktober 2022.

Tukang tilik didakwa di mahkamah, tipu pegawai LHDN RM500,000

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun, sebat serta denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal manakala tertuduh diwakili peguam, R Kumarappan.

Mohd Harith kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin warga tempatan.

Selain itu, mahkamah turut mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasportnya dan melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap Isnin, dua minggu sekali.

Mahkamah menetapkan 31 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Bulan lalu, polis menyelamatkan seorang tukang tilik warga India yang diculik sekumpulan individu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan unsur penipuan yang dilakukannya.

Tukang tilik itu diselamatkan di sebuah rumah di Taman Desa Aman, Padang Serai di Kulim, Kedah.

Difahamkan, kumpulan individu terbabit menghubungi keluarga tukang tilik itu di negara asal untuk meminta wang tebusan RM700,000.

BACA:

Banjir jernih setelah 5 jam hujan tak berhenti, dah macam swimming pool pula

PU Azman bakal ada kes seksual lagi

Diperlekeh kerana bina rumah terapung, kini rumahnya dicemburui waktu banjir