Tukang gunting rambut diburu polis gara-gara sembang lucah dengan perempuan melayu

Tukang gunting rambut diburu polis gara – gara sembang lucah dengan perempuan melayu.

Berikutan penularan kes wanita tempatan menjadi mangsa gangguan seksual di sebuah pasar raya di Manjoi, seorang tukang gunting rambut kini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan pihaknya menerima laporan

Tukang gunting rambut diburu polis gara - gara sembang lucah dengan perempuan melayu

laporan mengenai kejadian semalam daripada seorang wanita berumur 37 tahun.

Dia mendakwa diganggu secara seksual oleh suspek lelaki disyaki warga India semasa menunggu suspek menggunting rambut anak lelakinya pada 1.25 tengah hari kelmarin (1 Ogos).

Menurut Yahaya, pihaknya terkesan dengan isu tular terbabit yang dikongsikan pemilik akaun FB bernama ‘Siti Hajar Ghazali’ yang mana turut mendapat perhatian masyarakat.

Katanya, suspek bagaimanapun dipercayai sudah melarikan diri selepas kejadian.

“Polis mengesahkan menerima satu laporan polis daripada wanita berkenaan, semalam, yang membuat laporan di Balai Polis Jelapang.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan D11, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Asisten Superintendan Yap Siew Cheng di talian 012-9093362,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta

Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Difahamkan, sewaktu kejadian, suspek menggunting rambut anak mangsa cuba mengajak mangsa berbual dalam Bahasa Melayu, namun mangsa tidak mengendahkannya, sebelum suspek dikatakan seolah-olah bercakap seorang diri dan mengeluarkan kata-kata lucah.

BACA: Nekad lupuskan bukti minta rasuah, polis tercekik telan duit