‘Total lockdown’ cemaskan bakal pengantin sama ada diteruskan atau tangguh

‘Total lockdown’ cemaskan bakal pengantin sama ada diteruskan atau tangguh

Berikutan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memutuskan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi’ ataupun ‘total lockdown‘, rata-rata bakal pengantin kini tertanya-tanya sama ada dibenarkan melaksanakan akad nikah ataupun tidak.

Hari ini pada sebelah pagi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menjadi negeri yang pertama menangguhkan semua jenis permohonan kebenaran berkahwin di negeri ini mulai hari ini ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Walau bagaimanapun bagi pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin sebelum tarikh itu adalah dibenarkan namun perlu dilakukan di JHEAINS atau Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) masing-masing mengikut kekosongan tarikh yang dijadualkan.

Namun apabila diumumkan ‘total lockdown‘ pada sebelah malam oleh Muhyiddin, besar kemungkinan akan ada perubahan.

Namun rata-rata bakal pengantin kini lebih tertumpu kepada JAWI dan JAIS berikutan permohonan akad nikah antara yang tertinggi sekali.

Seperti PKP 1.0 majlis akad nikah bagi seluruh Malaysia adalah ditangguhkan. Adakah ‘total lockdown’ kali ini masih sama?

COMMENTS