“Tolong jangan tanya dia soal kahwin”, ibu Zizan ungkap ayat ini lepas dapat Mercedes

Selebriti terkenal, Zizan Razak mengundang perhatian netizen apabila menghadiahkan ibunya kereta mewah Mercedes-Benz GLC300.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di TikTok, abang Zizan memberitahu ibunya sudah lama memasang impian untuk memiliki kereta itu.

Mereka berpura-pura kononnya mahu melihat kereta di galery showroom sementara menunggu waktu berbuka puasa.

"Tolong jangan tanya dia soal kahwin", ibu Zizan ungkap ayat ini lepas dapat Mercedes

Ibunya sempat melihat kawasan sekitar dan merakam video kereta-kereta mewah tersebut. Siapa sangka kereta yang dibalut kain hitam siap reben merah yang dirakam adalah milik diri sendiri.

Abang Zizan iaitu Hafiza berterima kasih kepada adiknya yang telah banyak berkorban dan berbakti untuk keluarga.

Dia mengharap adiknya itu juga akan menerima kejutan yang ditunggu-tunggu suatu hari nanti.

Di ruangan komen, netizen memuji selebriti itu yang sentiasa melakukan yang terbaik untuk membahagiakan syurganya.

Meskipun belum dikurniakan jodoh, netizen tumpang gembira melihat Zizan dimurahkan rezeki dari sudut lain.

Baca juga: Selalu pening kepala, bila cek rupanya ada cacing pita bertelur dalam otak