Tertuduh, Datuk Nasarudin Mahamud, 57, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.
Bekas Setiausaha Sulit yang sebelum ini berkhidmat dengan seorang bekas Timbalan Menteri telah didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,
Atas tuduhan memperdaya seorang lelaki berkaitan dengan tawaran tender projek kerajaan bernilai RM8 juta.
Tertuduh, Datuk Nasarudin Mahamud, 57, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dituduh menipu lelaki tersebut supaya mempercayai bahawa dia menjalankan urusan tawaran tender projek kerajaan bernilai RM8 juta. Dengan curangnya, tertuduh mendorong lelaki tersebut untuk percaya bahawa dia bertanggungjawab untuk menguruskan projek tersebut.
Lelaki tersebut kemudiannya memindahkan wang sebanyak RM382,000 ke dalam akaun milik tertuduh dan menyerahkan wang tunai sebanyak RM67,000. Dia tidak akan melakukan perkara tersebut sekiranya tidak diperdayakan oleh tertuduh.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di pejabat Mukim Tampin Tengah antara 6 hingga 18 Oktober 2022.
Akibatnya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, berserta sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala Datuk Eddin Syazlee Shith mewakili tertuduh secara pro bono dan Syed Amirul Syed Edros.
Eddin Syazlee memohon mahkamah untuk mempertimbangkan beberapa keadaan, termasuklah kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, meskipun penipuan tidak boleh dijamin, namun dianggap dalam kategori paling rendah.
“Tertuduh melalui kehidupan yang sukar, baru keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) berpindah ke hospital kerajaan, menghadapi kesulitan membayar bil di IJN. Tertuduh mempunyai masalah jantung yang kritikal yang memerlukan urusan segera bagi menjalani pembedahan.
“Tertuduh juga mempunyai penyakit buah pinggang tahap empat. Keadaan ini menyebabkan tertuduh memerlukan kebenaran jaminan untuk mendapatkan rawatan susulan.
“Untuk rekod saya, saya menawarkan diri secara probono tanpa bayaran,” katanya.
Syed Amirul dalam rayuannya menyatakan tertuduh juga memberikan kerjasama yang baik kepada polis berhubung kes ini dan tidak wujud risiko tertuduh melarikan diri.
“Tertuduh mengalami kesukaran kewangan dan memohon jaminan paling minimum,” katanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.
BACA: Ini empat Water Park yang murah di Malaysia untuk dikunjungi