Tinggal di rumah usang tapi dapat duit zakat rupanya ada harta aset cecah RM2 juta!

Rokhimah, atau yang dipanggil Mak Ngah, tidak pernah berkahwin dan tidak memiliki anak. Sebelum ini, beliau tinggal bersama saudara-maranya.

Isu Mak Ngah mula menjadi tular apabila Lembaga Zakat Negeri Kedah melakukan siasatan untuk mengetahui identiti sebenar beliau.

Warga emas yang menjadi perhatian ini tinggal di sebuah rumah usang, namun dikatakan memiliki aset bernilai hampir RM1.7 juta, dengan mengambil kira hartanah yang dimiliki oleh keluarganya.

Tinggal di rumah usang tapi dapat duit zakat rupanya ada harta aset cecah RM2 juta!

Keluarga Rokhimah Ismail, 67, juga memiliki enam buah rumah dengan nilai semasa hampir RM2 juta.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) memberitahu bahawa warga emas tersebut juga menerima bantuan zakat bulanan dari pihak mereka.

“Keluarganya juga memiliki beberapa rumah yang lengkap dengan kemudahan asas yang terletak berhampiran dengan rumah uzur yang baru-baru ini menjadi tular,” kata LZNK.

Baru-baru ini, berita mengenai seorang warga emas yang dikatakan terabai dan tinggal sendirian di sebuah rumah usang di Alor Setar menjadi tular.

LZNK menjelaskan bahawa sebahagian daripada rumah-rumah milik keluarga tersebut masih tidak berpenghuni kerana digunakan sebagai rumah sewa yang dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air.

Namun demikian, Mak Ngah Rokhimah memutuskan untuk kembali tinggal di rumah usang bersebelahan dengan rumah keluarganya.

“LZNK telah mencuba untuk meyakinkan warga emas tersebut untuk berpindah ke rumah lain milik keluarganya, tetapi dia menolak,” kata jurucakap LZNK.

Perkara ini juga disahkan oleh seorang anak saudara Rokhimah yang dikenali sebagai Shariman.

“Kami sudah mencuba untuk meyakinkan Mak Ngah untuk tinggal di rumah lain milik keluarga, tetapi Mak Ngah tetap berkeras untuk tinggal di situ (rumah usang).”

“Saya meminta pihak keluarga agar memohon supaya orang ramai tidak membuat anggapan yang salah berdasarkan berita yang disebarkan di media sosial kerana ia memberi kesan kepada imej kami sebagai keluarga,” katanya.

LZNK juga menyatakan bahawa mereka telah menawarkan tempat tinggal di Pondok Pengajian yang di bawah seliaan lembaga tersebut, lengkap dengan kemudahan asas. Namun sayangnya, warga emas tersebut menolak tawaran tersebut.

Rokhimah merupakan penerima bantuan kewangan dari LZNK sebanyak RM200 sebulan sejak tahun 2018 hingga 2020. Beliau juga pernah menerima bantuan kewangan zakat sebanyak RM300 pada Disember tahun lepas.

Menurut anak saudaranya, Rokhimah juga menerima bantuan ‘Food Bank’ melalui Penolong Amil dan Imam Kariah Masjid. Tambahan pula, beliau menerima Bantuan Warga Emas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah sebanyak RM500 sebulan.

BACA: Anak beranak termakan samosa inti cicak dedah rasa sebenar cicak buat netizen kembang tekak