Tindakan Shuib derma senyap-senyap dihidu netizen, ini yang berlaku selepas itu

Tindakan Shuib derma senyap-senyap dihidu netizen, ini yang berlaku selepas itu

Tindakan Shuib derma senyap-senyap dihidu netizen, ini yang berlaku selepas itu. Sebagai seorang umat Islam, amalan bersedekah sangat digalakkan untuk dilakukan agar orang yang berkemampuan dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Baru-baru ini, pelawak dan bekas penyampai radio, Shuib, menerima perhatian daripada netizen kerana bersedekah secara senyap-senyap.

Menerusi sebuah video TikTok yang dikongsikan oleh @malaysianupdatenews, Shuib dilihat berada di sebuah kedai makan dan didatangi oleh seorang budak lelaki yang menjual keropok. Shuib secara senyap-senyap telah menghulurkan wang kepada budak lelaki itu sebagai sedekah.

Netizen puji Shuib

Tindakan Shuib derma senyap-senyap dihidu netizen, ini yang berlaku selepas itu

“Aku sendiri nak mengalir air mata weeeeeeeeeeyyyyyyyy ya Allah ya tuhan ku”- tulis seorang netizen

“Kita kalau buat baik.. Allah bukak.. kita sembunyi pon.. orang akan nampak”- kata seorang lagi netizen

Meninjau ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memuji perbuatan Shuib kerana sangat pemurah hati tanpa perlu menunjuk-nunjuk. Mereka juga menyatakan bahawa Shuib tidak kedekut untuk berkongsi rezekinya bersama dengan orang lain.

Selain berbakat dalam bidang hiburan, Shuib juga sangat bermurah hati dalam membantu orang lain. Sikap Shuib perlu dicontohi agar kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

@malaysianupdatenews Terbaik Shuib 👍👍 #malaysianupdate #videoviral ♬ Tiara – Raffa Affar

BACA:

Jawatan Kosong : Petron Fuel international Sdn Bhd, mohon sekarang

Wang tabungan ILTIZAM Anak Selangor : Ini syarat dan cara mohon

Pelajar ambil aliran sains makin merosot, ini sebabnya…