Tiga beranak maut selepas makan telur ikan buntal, tekak rasa terbakar

SEORANG ibu dan dua anak perempuannya maut selepas menjamah hidangan telur ikan buntal, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Maluku, Indonesia.

Tiga mangsa yang maut dikenali sebagai Leny Latuperissa, 28, dan dua anak perempuannya, Keisya Berhitu yang berusia lima tahun dan Chrismen Berhitu, dua tahun.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Pulau Ambon, Ipda Janete Luhukay, dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu, tiga beranak berkenaan menjamah telur ikan buntal yang digoreng oleh suami Leny.

Tiga beranak maut selepas makan telur ikan buntal, tekak rasa terbakar

Tidak lama kemudian, ketiga-tiga mangsa mengadu tekak mereka seperti ‘terbakar’ selain badan berasa lemah.

Panik melihat keadaan tersebut, suami Leny segera menghantar isteri dan dua anaknya ke hospital.

Bagaimanapun, dua jam selepas menerima rawatan, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia.

Suami mangsa menerima kematian isteri dan dua anak perempuannya sebagai ketentuan takdir dan enggan melakukan bedah siasat.

Baca juga: Senarai Bazar Ramadan 2024 di Malaysia, banyak dah tak ada!