Dua beradik perempuan berusia 17 dan 19 tahun dari Sukabumi, Indonesia, terpaksa menanggung trauma berat
Setelah menjadi mangsa pelepasan nafsu oleh ayah kandung mereka selama bertahun-tahun.
Laporan berita menyatakan bahawa perbuatan menjijikkan ini bermula sejak mereka masih di bangku sekolah rendah.
Ibu kepada seorang anak perempuan
Ayah mereka akan memaksa mereka ‘bersama’ ketika isterinya sudah tidur, dan tindakan ini berjaya dirahsiakan daripada keluarga yang lain.
Namun, rahsia kelam ini terbongkar apabila seorang daripada remaja berusia 17 tahun itu ditemui melahirkan seorang bayi perempuan.
Seorang lagi berusia 19 tahun telah memilih untuk melarikan diri daripada rumah kerana trauma dengan penderitaan yang dialaminya.
Melarikan diri dan bersembunyi di hutan
Apabila pihak keluarga mengetahui perkara ini, mereka segera melaporkannya kepada pihak polis pada 23 Oktober lalu, dan ayah yang didakwa segera bersembunyi di kawasan hutan.
Walau bagaimanapun, selepas 13 hari bersembunyi, dia akhirnya ditangkap dan kini menghadapi hukuman penjara 15 tahun jika terbukti bersalah.
Melibatkan tindakan ‘bertiga’ dalam bilik yang sama
Daripada siasatan lanjut, didakwa bahawa lelaki berusia 49 tahun itu mengaku ketagihan menonton video dewasa dan kehilangan nafsu kepada isterinya.
Dengan menggunakan batang raket dan kabel besi, dia mengugut untuk memaksa anak-anaknya memenuhi kehendaknya. Paling menjijikkan, ayah ini pernah melakukan perbuatan itu secara serentak dengan kedua-dua puterinya dalam bilik yang sama.