Di media sosial tersebar satu notis dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung penangguhan ceramah dan kuliah agama melibatkan Ustaz Don. Biar betul ni?
Menurut laporan Harian Metro, segala agensi dan institusi masjid, surau serta musollah di Selangor perlu menangguh pembabitan Ustaz Don dalam notis yang bertarikh 21 Jun 2024 itu.
Sehubungan dengan itu, sebarang program ceramah/kuliah membabitkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musolla di Negeri Selangor hendaklah ditangguhkan.
Penangguhan membabitkan semua program yang telahpun mendapat persetujuan awal untuk dilaksanakan dan termasuk sebarang program yang sedang di peringkat perancangan.
Sebarang perubahan berkaitan penangguhan ini akan dimaklumkan semula.
Kalau korang tengok notis itu, nampaklah ada tandatangan pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad di akhirnya.
Bukan tu jer, pihak Harian Metro ada menghubungi Shahzihan tapi beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu. Ustaz Don juga tidak memberi apa-apa respon ketika dihubungi.
Baca : Kuala Lumpur No 6 paling banyak dikunjungi di dunia ini sebanya ramai nak tahu