Tiada lagi John Cena

Legenda World Wrestling Entertainment (WWE), John Cena mengumumkan persaraan rasminya dari perlawanan tinju dalam acara Money in the Bank (MITB) 2024 di Toronto, Kanada pada Sabtu.

“Malam ini, saya secara rasmi mengumumkan persaraan saya dari WWE,” katanya kepada penonton.

Walaupun ramai peminat seperti sudah menjangka bahawa Cena akan mengumumkan sesuatu ketika dia muncul di Toronto, mereka menjadi histeris setelah dia rasmi mengumumkan bahawa dia akan bersara dari pertandingan dalam gelanggang tinju.

Tiada lagi John Cena

Dianggap sebagai salah seorang yang terbaik dalam dunia tinju, peminat-peminat mula berteriak ‘Terima kasih Cena’.

John Cena menyatakan bahawa tahun 2025 bakal menjadi tahun terakhirnya sebagai pesaing dalam gelanggang tinju, lapor Wion News.

Penampilan John Cena dalam acara MITB mengejutkan ramai pihak, ditambah lagi dengan pengumuman keputusannya untuk bersara sebagai bintang aktif WWE.

Menurut Cena, WrestleMania 41 di Las Vegas akan menjadi penampilan terakhirnya sebagai Showcase of the Immortals.

Cena turut mengesahkan bahawa beliau akan bersaing di Royal Rumble dan Elimination Chamber tahun depan, sambil menyatakan matlamatnya untuk membuat lebih banyak penampilan sepanjang tahun sebelum beliau bersara.

Bintang WWE legenda ini mengakui, berdasarkan apa yang dibincangkan di belakang tabir, mempertimbangkan komitmen lainnya, Cena bersedia untuk 30 hingga 40 penampilan pada tahun 2025.

Berita ini turut dikongsikan oleh WWE menerusi laman Instagram.

“John Cena mengumumkan persaraan dari pertandingan dalam gelanggang gulat, menyatakan bahawa WrestleMania 41 di Las Vegas akan menjadi yang terakhirnya,” tulis WWE.

Cena, 47, dianggap sebagai salah satu petinju profesional terhebat sepanjang zaman. Dalam kariernya yang berlangsung selama dua dekad, beliau telah menjadi juara dunia sebanyak 16 kali.

Beliau memulakan karier tinjunya pada tahun 1999 dan menyertai WWE pada tahun 2001, ketika ia dikenali sebagai World Wrestling Federation (WWF). Pada tahun 2018, beliau mula menjalani kerjaya sebagai petinju secara separuh masa.

Selain itu, beliau juga membintangi beberapa filem Hollywood, termasuk komedi Trainwreck pada tahun 2015 dan filem The Suicide Squad (2021).

BACA: Ini logik kenapa air mineral Evian sangat mahal