Teruja dengar azan cara orang Hawaii, “unik sungguh!”

Setiap negara pasti laungan azan lebih menyerupai azan di Makkah namun di Hawaii ia adalah lebih

unik dan boleh dibezakan berbanding negara lain.

Bagi yang pernah melihat cerita Moana, pastinya dapat mendengar suara dan gaya nyanyian mereka, begitulah laungan azan di Hawaii.

Warganet teruja melihat keunikkan azan yang dikatakan berunsur entnik tersebut, merdu didengar.

“MashaAllah uniknya. Aku pernah terfikir ada ke azan di negara lain yang berbeza dari negara Arab, rupanya ada,” ujar Sharmine Bakri.

@encik.mastermindAzan versi Hawai. Semoga Allah terima azan yang sangat cantik ini♬ سبحان الله – Ali Dawud

“Terasa macam duduk di negara Moana, syahdu,” komen @Hrzalman.

“Ini pertama kali aku mendengar azan beralun etnik, MashaAllah unik,” tambah pengguna TikTok.

BACA: “Suami dan aku PJJ lama dah, anak aku jaga, tapi duit suami asyik habis, dah la duduk free rumah mentua..”