Tertekan dengan konflik Israel-Palestin, pelancong Israel buat onar di Thailand

Pelancong Israel diberkas polis Thailand kerana melakukan gangguan awam dan mencuri dari kedai serbaneka tempatan di Pattaya, pada Selasa.

Polis bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat aduan bahawa seorang pelancong asing telah mencetuskan gangguan awam di Walking Street.

Pelancong itu dilaporkan memanjat bumbung sebuah hotel, kemudian mematikan suis lif

Tertekan dengan konflik Israel-Palestin, pelancong Israel buat onar di Thailand

menyebabkan ketidakselesaan tetamu hotel sebelum menimbulkan gangguan awam di Walking Street.

Dia turut memasuki sebuah kedai serbaneka dan mengambil makanan serta minuman tanpa melakukan pembayaran sehingga pengurusnya menghubungi pihak polis.

Lelaki yang identitinya masih dirahsiakan itu mengaku mengambil ganja sebelum itu dan dipercayai berkelakuan tidak senonoh kerana tertekan disebabkan konflik berterusan antara Israel dan Hamas ketika ini.

Susulan itu, dia bakal menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengganggu ketenteraman awam.

BACA: Tak sangka! Ini fungsi klip bawah cermin pandang belakang, bukan saja-saja rupanya