Tersalah isi diesel dalam kereta, jangan risau, ini cara nak cover balik

Tersalah isi diesel dalam kereta, jangan risau, ini cara nak cover balik. Kadangkala kita terlalu asyik. Fikiran melayang memikirkan pelbagai perkara. Biasalah lelaki memang sudah lumrah mudah mengelamun. Ketika sedang mengisi minyak anda tiba-tiba terbau sejenis bau yang tidak sepatutnya ada menghidunya.

Tidak sedar rupanya minyak yang diisi ke dalam kereta adalah minyak diesel! Gelabah dan ‘cuak’ mungki perkara pertama yang terlintas di minda memikirkan kemungkinan kerosakan yang boleh berlaku pada kereta kesayangan.

Bab menyesal itu kita fikir kemudian. Perkara pertama sekali harus dilakukan adalah bagaimana nak elak berlakunya kerosakan lebih teruk?

Usah salahkan diri sendiri. Hal tersalah mengisi minyak diesel ini sebenarnya sudah biasa berlaku. Dan ia boleh menimpa sesiapa sahaja. Memetik laporan dan kajian dari Automobile Association, kejadian tersalah isi minyak diesel ini berlaku setiap tiga minit di United Kingdom.

Namun, satu perkara yang perlu anda tahu ialah kesan mengisi minyak petrol ke dalam enjin diesel lebih teruk berbanding tersilap isi diesel ke dalam enjin petrol.

Tersalah isi diesel dalam kereta, jangan risau, ini cara nak cover balik

BOLEH SEBABKAN KEROSAKAN KRITIKAL

Salah satu penyebab mengapa perkara ini boleh berlaku mungkin kerana saiz nozel pam petrol lebih kecil berbanding lubang tangki meinyak kenderaan diesel.

Apabila minyak petrol yang sedia ada dalam tangki bertemu dengan minyak diesel yang tersilap isi, campuran ini boleh mengakibatkan kerosakan yang agak kritikal terhadap sistem bahan api kenderaan.

Lebih parah jika tidak diberikan perhatian sewajarnya boleh menyebabkan anda perlu tukar enjin dan tangki baru!

Akan tetapi anda tidak perlu risau. Perlu ingat jangan hidupkan enjin terlebih dahulu. Selagi ia tidak dihidupkan masalah ini dapat diatasi dan dibaiki dengan kos yang jauh lebih rendah.

Perkara pertama anda perlu lakukan ialah tolak kereta ketepi. Tukar gear kepada kedudukan neutral. Kemudian dapatkan bantuan dan carilah mekanik yang profesional untuk mengeluarkan minyak yang telah bercampur dari tangki minyak.

Ketahuilah kesilapan terbesar yang boleh anda lakukan ialah menghidupkan enjin dan cuba memandunya untuk ke bengkel. Walaupun hanya beberapa saat enjin dihidupkan namun natijahnya sangat besar bukan sahaja kepada enjin kereta tetapi poket anda.

Untuk mengelak daripada melakukan kesilapan ini, sentiasalah latih diri untuk perhatikan pam dan warna yang ada pada nozel. Kebiasaannya nozel pam diesel berwarna hitam.

Semoga anda dilindungi daripada berdepan masalah yang cukup meremehkan ini di masa akan datang.

BACA:

Reaksi bakal mak mertua cuit perhatian ramai bila pengantin lelaki sahkan akad nikah sendiri

Ahli Arkeologi terkejut jumpa syiling emas dalam batang paip kapal lama

Dilabel ‘murtad’ kerana beraya tak pakai baju melayu

COMMENTS

Wordpress (0)