Terperanjat Aaron Aziz lihat tikus besar di hotel, tapi ini respon pihak hotel

Terperanjat Aaron Aziz lihat tikus besar di hotel, tapi ini respon pihak hotel. Datuk Aaron Aziz berkongsi detik cemas apabila dalam bilik hotel yang didiami olehnya di Kemboja didatangi oleh seekor tikus.
Beliau mempersoalkan Macam mana boleh ada tikus dalam bilik hotel yang di tempahnya .
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram milik Aaron, kelihatan seekor tikus terperangkap dalam satu jerat yang telah dipasang oleh pihak hotel.
Menurut Aaron, kemunculan tikus tersebut telah menimbulkan keraguan terhadap dirinya sama ada hotel yang ditempah itu bersih ataupun tidak.
Paling kelakar, pihak hotel boleh mengatakan bahawa haiwan itu sebenarnya datang dari beg pakaian mereka.
Susulan daripada itu, Aaron meminta pihak hotel untuk melepaskan tikus yang terperangkap di situ dan pihak hotel telahpun bertindak seperti yang diarahkan.
Macam mana ni guys? Bilik bersih ke tak? Hotel boleh cakap datang dari luggage? Kita datang sini bawa baju dengan dana bukan bawa tikus! Dah cakap banyak kali tolong lepaskan. Hotel kata dah lepaskan. Harap-harap betul la tu.
BACA:
Netizen terkejut lihat keadaan rumah Zalina Azman, ini yang ramai perasan
Dihalau tuan rumah, akak ini terdesak cari tempat perlindungan hingga 2 pagi
Kongsi kisah bela ‘kucing datang’ di TikTok, sekali tuan asal minta pulang balik