Terkinja-kinja di TikTok, netizen sekolahkan Mia Sara

Terkinja-kinja di TikTok, netizen sekolahkan Mia Sara

Terkinja-kinja di TikTok, netizen sekolahkan Mia Sara. Sebelum ini, pelakon Puteri Balqis pernah meluahkan rasa terkilan apabila Mia Sara menyentuh hasil didikan keluarga ke atas dirinya.

Dia mengakui berasa tersinggung kerana ibu yang selama ini membesarkannya turut menerima tempias.

Terbaru, tindakan Mia Sara menari di TikTok membuatkan netizen mengimbau kembali teguran yang pernah ditinggalkan pelakon ini berkenaan Puteri Balqis.

Netizen dipercayai menegur Mia Sara yang dilihat rancak menari mengikut trend TikTok. Bagi mereka, adalah lebih manis jika wanita bertudung seperti Mia mengurangkan aktiviti seperti itu.

Terkinja-kinja di TikTok, netizen sekolahkan Mia Sara

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Menurut mereka, teguran yang diberikan Mia Sara mengenai Puteri Balqis telah memakan diri.

@miasaranasuha♬ original sound – Mia Sara Nasuha

BACA: 

Roti Gardenia naik harga lagi

Belanja rakan sekerja di Starbucks, Nabil Ahmad habis RM3,560