Terkini:PKPD Pusat Koreksional Jasin dan kuarters kakitangan bermula esok

Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju melakanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Koreksional Jasin, Melaka dan Kuarters Kakitangan bermula 22 Disember 2020 sehingga 4 Januari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas MKN mendengar pembentangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung situasi semasa peningkatan kes Covid-19 di kedua-dua lokaliti terbabit.

“Pelaksanaan PKPD ini akan melibatkan 771 orang yang terdiri daripada 603 tahanan dan 168 kakitangan serta ahli keluarga.

“Prosedur operasi standard (SOP) PKPD di pusat tahanan ini sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk tiada pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga 19 Disember 2020, KKM telah melaksanakan 1,251 ujian saringan termasuk saringan kedua serta ketiga dan sebanyak 133 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM turut mengesahkan berlaku peningkatan secara mendadak jangkitan Covid-19 dalam masa singkat dalam kalangan tahanan di pusat ini,” jelasnya

sumber:https://www.kosmo.com.my/2020/12/21/pkpd-pusat-koreksional-jasin-dan-kuarters-kakitangan-bermula-esok/

COMMENTS

Wordpress (0)