Terkini !!! Ini respon Tengku Zafrul selepas PM umum pengeluaran KWSP RM10K

Ini respon Tengku Zafrul selepas PM umum pengeluaran KWSP RM10K. Susulan kepada pengumuman oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, mengenai pengeluaran khas simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 pada hari ini, saya ingin memaklumkan bahawa butir-butir mengenai pengeluaran tersebut akan diperincikan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Dalam sidang media khasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Terkini !!! Ini respon Tengku Zafrul selepas PM umum pengeluaran KWSP RM10K

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, sebentar tadi.

Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP berkenaan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Tonton Juga :

 

Baca Lagi :  Ini rupanya pekerjaan Izwan Azir selepas lama tak nampak baca berita TV3

Ini cara masak Sup Ikan yang sebenar, confirm tak hancur dah isi

Mohon kerja tak profesional, jawapan HR syarikat ini buat pemuda terkedu

[/bg_collapse]

COMMENTS

Wordpress (0)