Terkilan tak dapat solat jenazah, menatap wajah buat kali terakhir

“Saya terkilan kerana tidak dapat menunaikan solat jenazah, menatap wajah dan menguruskan jenazah arwah bapa mentua tetapi reda kerana ini ketentuan Allah,” kata Wan Pauzi Wan Yahya, 68, menantu kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas.

Mohamed Salleh, 91, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) jam 3.20 pagi ini.

Allahyarham dimasukkan ke wad biasa HSNZ kerana mengalami sesak nafas dan menghadapi tekanan darah tinggi pada Khamis lalu.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, di sini, jam 10.40 pagi ini.

Pengebumian disaksikan ahli keluarga di luar kawasan tanah perkuburan iaitu pada jarak melebihi 150 meter.

Urusan pengebumian dilakukan pegawai dan kakitangan HSNZ yang lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE).

Turut memantau urusan pengebumian ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri serta Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/664751/terkilan-tak-dapat-solat-jenazah-menatap-wajah-buat-kali-terakhir

COMMENTS

Wordpress (0)