Terima lebih 1000 panggilan, Shahidan rayu sekali lagi hantar SMS sahaja

Terima lebih 1000 panggilan, Shahidan rayu sekali lagi hantar SMS sahaja

Selepas berkongsi nombor telefon peribadinya, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim bukan sahaja menerima panggilan mengenai kerosakan jalan raya di Kuala Lumpur sebaliknya juga berkaitan permasalahan lain yang perlu diberi perhatian.

Beliau berkata masalah lain yang banyak diterima adalah seperti permohonan mendapatkan rumah projek perumahan rakyat (PPR) dan bantuan kewangan.

“Saya terima lebih 1,000 panggilan telefon sehari, bukan aduan jalan berlubang sahaja tetapi bermacam-macam sampai telefon saya ‘jammed’ (tidak dapat berfungsi). Ada juga yang sengaja call (hubungi) tanpa sebab.

Saya berusaha untuk melayani setiap panggilan namun saya juga minta maaf kerana tak dapat menjawabnya. Jadi, saya minta mereka untuk menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS),” katanya.

COMMENTS