Tengah syok memandu sambil nyanyi lagu dangdut tiba-tiba terus lupa lirik, gelagat pak cik ini undang reaksi netizen.
Seperti umum tahu, lagu Kopi Dangdut memang terkenal dan popular dalam kalangan orang ramai
Kerana muzik dan liriknya yang sangat catchy, ramai menjadikannya lagu kegemaran. Selalunya bila terdengar lagu ini, orang akan mengikut menyanyi.
Namun, lain pula yang terjadi apabila seorang pak cik mengubah lirik lagu Kopi Dangdut semasa menghadap JPJ di atas jalan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nyanyi lagu Kopi Dangdut, tapi lain pula liriknya
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pak cik sedang memandu sebuah lori di atas jalan raya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pak cik itu menyanyi lagu Kopi Dangdut yang diubah liriknya gara-gara ada JPJ di depannya.
@merahbirukuning2 Membalas kepada @tehoaislimausuam 🙏🙏🙏 #kontensematamata🙃 ♬ Joko Tingkir – mardian
“Sekali ku pandang macam JPJ kat depan,
Dua kali ku pandang memang kat bawah jambatan,
Apa nak heran aku lalu dah baca doa makan,
Dia tak nampak, dia tak tahan, dia suruh terus jalan.”
“Banyak kali ulang tengok, gelak tu memang menyakitkan betul lah” – Netizen
@merahbirukuning2sib baik 😂♬ bunyi asal – doremon ✌️
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 396K tanda suka dan 9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar nyanyian pak cik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
BACA:
Dikecam gara-gara payung ‘buah’, sekali tuan badan buka mulut sekolahkan netizen