Tengah menyanyi pun dia boleh lagi melawak..

Tengah menyanyi pun dia boleh lagi melawak..

Tengah menyanyi pun dia boleh lagi melawak.. Kalau dah penyanyi tu, penyanyi juga… Jadilah pelawak, pelakon, penyampai radio dan apa saja diamanahkan padanya, semuanya mampu dibawa baik oleh selebriti kesayangan ramai yang namanya kian ‘naik’ dalam kalangan peminat hiburan tempatan ini. Lihat saja video dikongsikan Elly Mazlein atau nama glamournya Lina Pompom @Kepom ini, ramai memuji kagum melihat bakatnya ketika melantunkan lagu.

Bukan biasa-biasa dinyanyikan Kepom, sebaliknya lagu bertajuk Cinta nanyian asal Marsha Milan oleh komposer Bunga Cantik dan Hang Nadim. Kalau tengok Marsha ‘tarik’ lagu tu pun bukan mudah.

Padanlah Marsha dinobatkan Naib Juara dan Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) menerusi karya indah berjudul Cinta baru-baru ni. Sekali bila dengar Kepom bawak pun boleh tahan juga…

Begitupun agak mencuit hati apabila dalam pada membawak lagu ‘berh4ntu’ tu, boleh lagi dia melawak dengan rakan penyampai radio, Azad Jazmin dan Radin Era dengan membuat beberapa kejutan.

Tang meneran tu memang tak boleh tahan… sampaikan Pak Azad dan Radin pun terkejut-kejut dibuatnya. Lucunya coret Kepom di kapsyen hantarannya itu, kejutan berkenaan pun satu seni.

Tengah menyanyi pun dia boleh lagi melawak..

Betul-betul baik dia punya feel. Sempat lagi Kepom tag Datuk Ramli MS dengan menulis itu semua pengarah muzik itu punya hal. Gamaknya ada kaitanlah hingga dicuitnya tu… TokRam kan selalu jadi juri lagu…

Selain netizen, rakan artis tak kurang yang memuji nyanyian Kepom itu antaranya, pelakon, Shiera Ijoy, Yusof Bahrin dan penyampai radio, Feeya Iskandar. Memang padu juga dibaginya walaupun banyak main.

“Suara mantapp… wlupn nyanyi main2 tp ttp mantap”, “Tak terkucil pun kannn…perghhh perghh”, “Rindunye dgr suara kak lina pompom nyanyi sedapp tapi klakarr”, “sy yg rasa nk terkentot tgok kak pom menyanyi mcm tu”.

Itu antara komen netizen. Tak kurang netizen yang tak sangka Kepom masih mampu menyanyi dengan baik walaupun dikatakan dah lama tak mendengarnya melantunkan lagu album barunya.

Pada 2016 Elly yang pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza 3 membuat kepvtusan menarik diri daripada pertandingan itu selepas dikatakan rasa tersinggung dengan komen juri tetap, Ramli MS.

BACA:

Modal RM2, wanita ini jadi jutawan setelah menang jackpot RM40 juta

Kambing jadi mas kahwin, serah kepada isteri lepas akad nikah

Mana stok telur import? Pemborong dan peruncit sedia untuk edar