Tangkap Suami Curang, Isteri Rileks Makan Bakso Bersama Anak Perempuan

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kejadian seorang wanita menangkap suaminya berlaku curang

ketika dia sedang makan bakso bersama anak perempuannya, lapor Kosmo Online pada Sabtu lalu.

Melalui laman berita Suara.com, wanita itu menceritakan kejadian di mana dia secara tidak sengaja bertemu suaminya dan perempuan simpanan lelaki itu di sebuah kedai makan.

Tangkap Suami Curang, Isteri Rileks Makan Bakso Bersama Anak Perempuan

Dia pada awalnya ingin merakam video makan bersama anak perempuannya di kedai bakso sebelum terserempak dengan seorang rakannya sewaktu di sekolah menengah.

Ketika merakam rakannya yang bernama Memed, dia melihat suaminya yang berbaju biru bersama seorang wanita dan kanak-kanak lelaki.

Biarpun menghadapi situasi tersebut, wanita itu kekal tenang dan berkata bahawa dia lebih memilih untuk membawa kes itu ke mahkamah.

“Akhirnya suami saya sedar kehadiran saya dan anak perempuannya. Yang pastinya bebola daging bertukar pahit serta merta.

“Saya seorang wanita yang ada ‘kelas’ dan tidak suka bergaduh, kita berjumpa di mahkamah saja,” tulis wanita itu di dalam videonya.

“Saya tidak suka berebut, dah ‘dicuri’ ikhlaskan saja. Berdoa dengan Tuhan dan minta digantikan dengan lelaki yang lebih baik peribadinya,” ujar wanita itu di ruangan kapsyen.

Video berkenaan yang dimuat naik dalam akaun Tiktok @NengMedina235 mendapat banyak perhatian netizen di ruangan komen dengan memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut.

“Saya tabik dengan kesabaran puan dan dengan cara elegan puan membalasnya,” kata seorang netizen.

“Aku yakin puan akan dapat kebahgiaan dunia akhirat,” sokong netizen dengan kata semangat.

“Risau juga dengan perasaan anak perempuannya, semoga kalian kuat,” komen netizen lain.

BACA:“Tapi pegawai polis ni ajak laki aku sembang jauh sikit dari aku, lepas sembang suami terus ajak balik tak jadi report polis, rupanya..”