Tangani kos sara hidup, pengeluaran Khas KWSP 2.0 bakal dibenarkan?

Tangani kos sara hidup, pengeluaran Khas KWSP 2.0 bakal dibenarkan?

Tangani kos sara hidup, pengeluaran Khas KWSP 2.0 bakal dibenarkan?. Dalam keadaan ekonomi semasa pascapandemik Cov19, sana-sini rakyat mengeluh tidak cukup duit untuk membeli keperluan harian. Ada yang menunggu masa dihalau dari rumah kerana tidak mampu membayar tunggakan sewa.

Tidak semua orang mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) hingga membolehkan mereka mengeluarkan i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-baru ini.

Manfaat Wang KWSP RM10,000 1.0

Selepas menerima wang KWSP sebanyak RM10,000 dan berjoli sakan semasa Hari Raya Aidilfitri, ada yang mula tarik muka masam.

Hal ini kerana wang tersebut semakan kurang disebabkan menyambut hari raya serba serbi baharu. Ada yang seronok beli barang kemas dan ada juga yang menggunakan duit tersebut untuk membayar hutang adik-beradik mahupun along.

Tangani kos sara hidup, pengeluaran Khas KWSP 2.0 bakal dibenarkan?

Tidak salah untuk berbelanja menggunakan wang KWSP kerana ianya merupakan hasil titik peluh kita tetapi biarllah ukur baju di badan sendiri. Duit sebanyak RM10,000 tersebut dijadikan modal membeli aset seperti barang emas dan menyertai bidang perniagaan secara dalam talian sama ada menjual barang atau buat drop ship.

Mengapa harus membazirkan duit KWSP tersebut seolah-olah tiada esok dan lusa? Adakah tergamak membuat kempen untuk keluar lagi duit KWSP hingga menyebabkan tujuan asal kewujudan skim tersebut dilupakan.

Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 2.0?
Sememangnya di zaman orang kaya semakin kaya, orang susah semakin susah ini, kita harus banyak bermuhasabah sebelum bermuamalah agar tidak ditimpa musibah.

Berhemat berbelanja jika duit RM10,000 masih tersisa. Moga jangan pula mengharapkan pengeluaran RM10,000 KWSP 2.0, nanti pak menteri pening kepala sekali lagi.

BACA:

Netizen kecam Nabila Razali pakai baju renang ketat dan ‘tak pakai tudung’

‘Ni mesti doa ex ni’, netizen berdekah tengok reaksi tok kadi bila pelamin jatuh tiba-tiba

Kumpulan Hacker Malaysia ‘serang’ kerajaan India, patutlah..

 

COMMENTS

Wordpress (0)