Takiyuddin kata haram bagi ahli Pas tak mengundi di KKB

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, menegaskan bahawa adalah “haram” bagi ahli PAS untuk tidak mengundi dalam Pilihan Raya Kecil

(PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu ini, demi memastikan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut.

Walau bagaimanapun, Takiyuddin menegaskan bahawa ini bukanlah satu “fatwa”, tetapi arahan untuk ahli PAS yang layak mengundi di kawasan tersebut demi memastikan kejayaan calon PN.

“Saya menyeru terutamanya rakan saya dari PAS, ‘haram’ bagi ahli PAS jika tidak keluar mengundi di KKB.

Ini bukan satu ‘fatwa’, ini penegasan kita, jika Tok Guru (Presiden PAS Abdul Hadi Awang) menyatakan (mengundi itu) fardu ain, maka sama hukumnya seperti ‘haram’ jika kita tidak melakukannya.

Takiyuddin kata haram bagi ahli Pas tak mengundi di KKB

Kita harus keluar mengundi dan memastikan kita, keluarga kita, rakan kita, jiran kita mengundi calon nombor satu, Khairul Azhari Saut,” katanya semasa berucap dalam Ceramah Perdana PN di Ampang Pecah yang turut dihadiri oleh Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

Takiyuddin menambah bahawa arahan untuk keluar mengundi adalah jelas termaktub dalam Perlembagaan PAS dan ia perlu dipatuhi.

“Dalam Perlembagaan PAS sendiri, terdapat arahan daripada parti yang perlu dipatuhi. Tidak mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan tindakan displin,” katanya.

PRK tersebut akan menyaksikan pertandingan antara Khairul dengan Pang Sock Tao yang mewakili Pakatan Harapan (PH), Hafizah Zainuddin dari Parti Rakyat Malaysia (PRM), serta calon bebas Nyau Ke Xin.

PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

BACA: “Aku lambat sikit masak pun keluarga mentua dah cop aku tak pandai jaga suami”