Tak tahan lapar, beruang ini nekad curi makanan dirumah orang, sekali lain pula jadi bila tersangkut di tingkap

Tak tahan lapar, beruang ini nekad curi makanan dirumah orang, sekali lain pula jadi bila tersangkut di tingkap

Seekor beruang ‘memecah masuk’ sebuah rumah di negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS) Rabu lepas,

lalu menghabiskan makanan di kediaman tersebut, lapor akhbar New York Post semalam.

Tak tahan lapar, beruang ini nekad curi makanan dirumah orang, sekali lain pula jadi bila tersangkut di tingkap

Beruang itu menghabiskan satu hidangan makanan sebelum dirakam cuba melarikan diri dari tingkap selepas terkunci dalam sebuah bilik tidur di tingkat dua.

Seorang jiran di kawasan itu, Heidi Hanna merakam ‘penceroboh’ berkenaan sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan selepas menyedari pemiliknya tiada di sana.

Beruang itu cuba melompat ke tanah, namun gagal kerana terlalu tinggi. Ia kemudian masuk semula ke dalam bilik tidur itu sebelum ditemui pegawai yang bertindak balas.

Selepas pegawai itu membuka pintu bilik tidur, ia turun semula ke bawah, menyelinap melalui tingkap dan melarikan diri ke dalam hutan.

Pemilik rumah itu, Ryan MacFarlane sedang bekerja apabila dia mengetahui beruang itu berada di rumahnya.

“Saya bersyukur kerana ia adalah ‘tetamu’ yang dihormati,” kata MacFarlane

BACA:

3 lelaki bergelak ketawa lempar anjing dalam sungai bagi buaya makan undang reaksi netizen

Family tengah sibuk bergambar pada malam berinai Shuib dan Watie sekali lain pula anak Shuib buat dekat belakang