Tak sedar termakan gula-gula dicampur ganja, 60 murid sekolah rendah masuk hospital

Lebih 60 murid sekolah rendah dimasukkan ke hospital pada Isnin selepas secara tidak sedar memakan gula-gula yang dicampur dengan ganja.

Menteri Pendidikan dan Belia Fayval Williams memberitahu CNN, berdasarkan laporan doktor,

Tiada seorang pun kanak-kanak yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun itu dalam keadaan kritikal.

Tak sedar termakan gula-gula dicampur ganja, 60 murid sekolah rendah masuk hospital

“Gula-gula itu menyebabkan kanak-kanak terbabit muntah dan berhalusinasi,” katanya menerusi X, sambil menambah bahawa beberapa kanak-kanak menerima titisan intravena.

Menerusi ciapan di media sosial itu, menteri itu memaklumkan beliau melawat hospital tempat kanak-kanak terbabit menerima rawatan.

Katanya, doktor dan jururawat melaksanakan semua yang mereka boleh lakukan untuk memastikan mangsa dapat pulih.

Williams memuat naik gambar gula-gula itu, yang dalam bungkusan berwarna pelangi.

Pembungkusan menyatakan produk itu mengandungi Delta-8 tetrahydrocannabinol, juga dikenali sebagai delta-8 THC, bahan psikoaktif yang terdapat dalam tumbuhan Cannabis sativa, menurut laman web Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan FDA).

Ia mempunyai “kesan psikoaktif dan memabukkan,” menurut agensi kawal selia Amerika Syarikat itu.

Menteri itu juga berkongsi gambar bungkusan gula-gula yang menunjukkan amaran kerajaan di bahagian belakang yang menyatakan, “jauhkan daripada kanak-kanak” dan “tidak boleh diambil oleh sesiapa yang berumur di bawah 21 tahun”.

Pembungkusan menyatakan produk itu tidak diluluskan oleh FDA.

BACA:“Mertua aku ni baik je sebenarnya, sangat baik tapi takde common sense, setiap hari aku bangun, aku stress tengok rumah padahal sebelum tidur aku dah kemas elok”